Pages

Friday, October 15, 2010

Aku dan pekerja

Salam semua. Setelah didesak bertalu-talu oleh kawan-kawan lama di Universiti Bangsar Utama (UBU) terutamanya dari Black yang kini merupakan kolumnis Malaysiakini dan The Malaysian Insider, aku pun memulakan blog. Blog ini akan aku jadikan sebagai wadah untuk berkongsi pengalaman dan memberi respon terhadap isu-isu semasa terutamanya yang berkaitan dengan permasalahan politik dan nasib pekerja-pekerja di Malaysia.

Selepas selesai zaman mahasiswa, aku terus bergiat aktif dalam Kesatuan Sekerja. Aku didedahkan dengan perjuangan kesatuan sekerja sewaktu mengadakan lawatan ke Indonesia dan Filipina di zaman bersama UBU.

Pada tahun 2005, selepas berberapa tahun aktif bersama Labour Resource Center (LRC) yang dipimpin oleh YB Tian Chua, aku menyertai Kesatuan Pekerja-perkerja Perkayuan Semenanjung Malaysia sebagai Pegawai Pendidikan. Sehingga hari ini, aku masih bersama kesatuan ini dibawah pimpinan Saudara Khalid Atan.



Semalam, aku dapat panggilan untuk kesebuah kilang di Pelabuhan Klang. Di kilang ini terdapat masalah dimana majikan tidak membayar gaji kepada pekerja. Oleh kerana itu, aku bersama dengan dua orang lagi rakan turun ke kilang tersebut untuk membantu menyelesaikan permasalahan tersebut.

Alhamdulillah, selepas berberapa jam menjadi perantara kepada pekerja dan majikan, masalah berjaya diselesaikan. Majikan dan pekerja  di kilang tersebut akhirnya membuat persetujuan untuk mencapai kata kesepakatan. Sampai disini dahulu buat masa ini. Aku akan sambung lagi penulisan dalam posting akan datang.

1 comment: