Pages

Friday, October 22, 2010

Kerajaan harus hormati kebebasan media

Malaysiakini sekali lagi menjadi mangsa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Kali ini kerana laporan laman itu berkenaan dengan ucapan Perdana Menteri dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini. Klik disini.

Angkatan Muda Keadilan  (AMK) tidak akan membiarkan perkara ini berterusan. Kalau perlu, kita akan anjurkan perhimpunan besar-besaran untuk mempertahankan kebebasan media pada masa akan datang. Buat masa ini kami mendesak agar SKMM menghentikan segala pencabulan terhadap media dan kebebasan bersuara.

SKMM jangan jadi "anjing" kepada kerajaan Umno-BN. SKMM harus adil kepada semua media. Jangan hanya menyerang laman web independen atau pro pembangkang.

Penyokong Facebook anti-menara melepasi 100,000

Sebuah laman Facebook untuk membantah rancangan pembinaan menara 'Warisan Merdeka' setinggi 100 tingkat di ibunegara, mendapat sokongan lebih 100,000 peminat dalam masa tidak sampai seminggu.

Laman '1M Malaysia Reject 100-story Mega Tower' yang diwujudkan Sabtu lalu - sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan projek bernilai RM5 bilion itu dalam ucapan bajet 2011 - telah mengumpulkan 101,327 penyokong sehingga jam 9.50 malam ini.

Ia mensasarkan satu juta penyokong dalam beberapa minggu akan dataang.

Pertambahan jumlah penyokong itu merupakan petunjuk peningkatan kritikan rakyat Malaysia yang mahu wang tersebut dibelanjakan untuk tujuan lain.

Bangunan Warisan Merdeka' itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia, jauh melebihi ikon Petronas - Menara Berkembar setinggi 88 tingkat yang siap dibina pada 1998 - dan pernah menjadi yang tertinggi di dunia.

Dua hari lalu, pencipta laman tersebut, yang tidak mahu namanya disiarkan, menuduhFacebook menyekat akses ke laman tersebut.

Mereka mengatakan disekat daripada meletakkan sebarang mesej.

Bagaimanapun, akses mereka dipulihkan setelah laman itu dikategorikan semula olehFacebook sebagai laman komuniti dan bukannya laman peminat.

Menurut Facebook, laman peminat hanya boleh mewakili individu, jenama atau organisasi tertentu.

Tetapi pemilik laman anti-menara itu bertegas bahawa mereka memang dari mula lagi, telah mendaftarkannya sebagai laman komuniti.

Dua laman Facebook pro-menara 


Sementara itu, terdapat dua laman Facebook pro-menara - 'Kami Sokong Menara Warisan' - dengan 251 penyokong, dan 'I See the Benefits of PNB's 100-story Tower' dengan 38 penyokong.

Rancangan untuk projek mega itu, yang akan dibina dan dibiayai oleh syarikat kaitan kerajaan - Permodalan Nasional Bhd (PNB) - terdiri daripada tiga fasa dan dijadual siap pada 2020.

Tuesday, October 19, 2010

Ku Nan nak tumbuk, Pemuda Pakatan tepis...

Sebentar tadi aku sempat membaca sebuah berita dari The Malaysian Insider. Setiausaha Agung BN, Ku Nan memberi amaran kepada Pakatan Rakyat untuk menunggu tumbukan yang bakal diberi oleh BN dalam PRU akan datang. Baca disini.

Ugutan-ugutan sebegini adalah permainan BN. Aku ingin jelaskan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak akan membiarkan perkara ini berlaku. Jika BN menumbuk, AMK akan memimpin Pemuda Pakatan Rakyat untuk menepis dan memberikan serangan balas.

Kami Pemuda Pakatan Rakyat adalah benteng pertahanan kepada rakyat yang tertindas.

Selepas pemilihan PKR ini, kami akan mengadakan mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat dalam rangka menghadapai segala cabaran yang bakal mendatang.

Sama ada kalah atau menang dalam pemilihan parti yang bakal berlangsung, aku akan memberikan komitmen sepenuh masa bagi menjayakan perkara ini.

Ini janji aku!

Friday, October 15, 2010

Aku dan pekerja

Salam semua. Setelah didesak bertalu-talu oleh kawan-kawan lama di Universiti Bangsar Utama (UBU) terutamanya dari Black yang kini merupakan kolumnis Malaysiakini dan The Malaysian Insider, aku pun memulakan blog. Blog ini akan aku jadikan sebagai wadah untuk berkongsi pengalaman dan memberi respon terhadap isu-isu semasa terutamanya yang berkaitan dengan permasalahan politik dan nasib pekerja-pekerja di Malaysia.

Selepas selesai zaman mahasiswa, aku terus bergiat aktif dalam Kesatuan Sekerja. Aku didedahkan dengan perjuangan kesatuan sekerja sewaktu mengadakan lawatan ke Indonesia dan Filipina di zaman bersama UBU.

Pada tahun 2005, selepas berberapa tahun aktif bersama Labour Resource Center (LRC) yang dipimpin oleh YB Tian Chua, aku menyertai Kesatuan Pekerja-perkerja Perkayuan Semenanjung Malaysia sebagai Pegawai Pendidikan. Sehingga hari ini, aku masih bersama kesatuan ini dibawah pimpinan Saudara Khalid Atan.



Semalam, aku dapat panggilan untuk kesebuah kilang di Pelabuhan Klang. Di kilang ini terdapat masalah dimana majikan tidak membayar gaji kepada pekerja. Oleh kerana itu, aku bersama dengan dua orang lagi rakan turun ke kilang tersebut untuk membantu menyelesaikan permasalahan tersebut.

Alhamdulillah, selepas berberapa jam menjadi perantara kepada pekerja dan majikan, masalah berjaya diselesaikan. Majikan dan pekerja  di kilang tersebut akhirnya membuat persetujuan untuk mencapai kata kesepakatan. Sampai disini dahulu buat masa ini. Aku akan sambung lagi penulisan dalam posting akan datang.